Followers

12/19/12

Lanjut Pelajaran Selepas PMR

Assalamualaikum! Hari nie ramai yang pergi ke sekolah.. Bukannya nak sekolah waktu cuti-cuti nie, tapi nak ambil result PMR bagi budak-budak Tingkatan 3.. Alhamdulillah, sekolah aku iaitu SMKSB ramai yang lulus dengan cemerlang! Ada jugak yang sedih sebab dapat result yang bukan diaorang target selama nie.. Tapi tak apa, sebab PMR nie hanya mahu tentukan aliran yang terbaik untuk kita masuk ketika Tingkatan 4 nanti.. Aku nak bagi tahu mana hala tuju budak-budak lepasan PMR lepas nie.. Banyak hala tuju yang boleh diaorang pilih, janji korang pilih yang terbaik!


Nie cadangan-cadangan aku untuk budak-budak PMR yang nak sambung belajar:


  • Sekolah Menengah/Sekolah Harian
-Korang boleh pilih nak sekolah dekat sekolah lama korang atau pindah ke sekolah lain yang ada bidang yang korang minat seperti Sains Tulen, Sains Teknikal, Sains Pertanian, Sains Agama, Akaun, Sastera dan MPV. Tetapi tidak semua aliran Sains nie ada di satu sekolah, kalau ada pun satu dua je aliran Sains.. So kalau nak masuk jugak aliran yang korang pilih dan korang mahu, terpaksa la korang cari sekolah ke satu sekolah sehingga jumpa..


  • Sekolah Teknik
- Sekolah teknik nie lain sikit sebab ada course-course yang tertentu seperti Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Perdagangan.. Kalau tak silap aku, nie la course-course di sekolah teknik.. Kalau korang nak masuk sekolah teknik, fikir adakah korang boleh follow apa yang cikgu ajar di sekolah teknik.. Jangan pulak dah masuk sekolah teknik, lepas tu nak masuk sekolah menengah balik.. Sebab ini akan membazirkan masa korang.. Sebab procedure untuk pindah balik ke sekolah harian agak susah.. Ada sebahagian sekolah teknik akan suruh korang duduk asrama, tetapi ada sebahagian pulak boleh duduk asrama dan boleh balik.. Korang boleh terus ke sekolah teknik untuk permohonan masuk ke sekolah teknik ataupun melalui laman web SINI

  • Kolej Vokasional
- Kolej vokasional nie hampir sama dengan sekolah teknik cuma kolej Vokasional tidak ada course Perdagangan (kalau tak silap aku la).. Tetapi kalau nak masuk Kolej Vokasional, korang kena duduk asrama.. Ada masa-masa yang tertentu saja korang boleh balik.. Tapi kalau cuti penggal, korang boleh la  balik.. Kalau berminat, boleh la korang apply kat lawan web SINI

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
 - Aku rasa ramai yang nak masuk SBP nie.. Siapa yang masuk SBP nie peluang cerah kalau nak apply masuk ke mana-mana universiti.. Tapi belajar mana-mana pun masih sama.. Cuma kalau belajar di SBP nie senang sebab boleh belajar dengan kawan-kawan, boleh buat study group dan boleh boleh bertanya kepada guru bila-bila masa.. Tetapi korang boleh balik pada cuti penggal.. Tapi korang kena lulus paling kurang waktu Percubaan PMR dan PMR kena dapat A dalam subjek Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.. Korang boleh apply di SINI jugak.. hehe..


  • Maktab Rendah Sains MARA (MARA)
MRSM pun mesti ramai yang nak masuk.. MRSM ramai yang apply.. Tapi korang kena kena berusaha lebih sikit la untuk apply di MRSM.. Korang kalau nak masuk, kena lulus dalam Percubaan PMR dan PMR kena dapat A dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris... Cara nak apply plak korang kena mintak pertolongan daripada Guru Kaunselor di sekolah masing-masing..

Itu saja yang aku boleh tolong.. Tapi korang kena ingat, seteruk mana keputusan korang, sebaik mana keputusan korang, korang kena ingat, semuanya ketentuan Illahi..

No comments: