Followers

7/5/14

I'M BACK!

ASSALAMUALAIKUM!!

Setelah lama menyepi akhirnya aku kembali... hahahahaha.. sebenarnya aku dah further study lepas SPM.. lepas dapat je result SPM, aku terus masuk PLKN untuk sesi 2.. dapat tawaran pegi matrik, aku minta pelepasan awal dekat PLKN atas alasan nak sambung belajar... tapi sebenarnya tak pegi matrik pun sbb mak aku tak berapa nak bagi.. aku dah mula happy sebab dapat Kolej Matrikulasi Selangor.. ya la kan, matrik sapa yang tak nak.. macam-macam hinaan aku dapat lepas aku dapat result SPM sebab diaorang kata aku tak layak masuk mana-mana sebab result aku teruk.. lepas dapat je tawaran matrikulasi dengan UPU, terus terdiam mulut orang yang mengata aku.. Praise to Him, Alhamdulillah aku dapat buktikan sesuatu.. kalau result sehebat mana pun, kita belum tentu dapat masuk tempat yang kita mahu.. dalam aku cuti SPM dalam 6 bulan tu banyak yg berlaku.. jumpa kawan baru, lesen kereta dengan motor, macam-macam la yang berlaku.. aku pun dapat jugak untuk UPU dekat UPM kos Diploma Perikanan di Sarawak.. tapi orang kata redha ibu bapa lebih penting, jadi aku ikut keputusan family aku untuk masuk Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Alor Setar kos Diploma of Accountancy daripada aku pilih je matrik atau UPM sbb salah satu daripadanya ialah IPTA and kalau dapat masuk UPM untuk Diploma Perikanan pun apa salahnya sebab gaji pun besar.. yang itu aku cerita lain kali.. bagi aku redha ibu bapa lagi penting kerana macam mana kita nak dapat redha dari Allah kalau kita tak mendapat redha Allah.. jadi aku kena berusaha untuk dapat Dekan supaya ibu bapa aku tak perlu nak bayar hutang dengan MARA.. so doakan aku supaya dapat pointer 3.5 > dari semester 1 sampai semester 5... ok la.. perlu buat blog untuk kelas English... dah siap blog tu nanti aku share dekat sini ekk.. Insya-Allah aku cuba luangkan sedikit masa kat blog nie untuk cerita sikit pengalaman aku waktu cuti lepas SPM..

ASSALAMUALAIKUM!!