Followers

12/19/12

Lanjut Pelajaran Selepas PMR

Assalamualaikum! Hari nie ramai yang pergi ke sekolah.. Bukannya nak sekolah waktu cuti-cuti nie, tapi nak ambil result PMR bagi budak-budak Tingkatan 3.. Alhamdulillah, sekolah aku iaitu SMKSB ramai yang lulus dengan cemerlang! Ada jugak yang sedih sebab dapat result yang bukan diaorang target selama nie.. Tapi tak apa, sebab PMR nie hanya mahu tentukan aliran yang terbaik untuk kita masuk ketika Tingkatan 4 nanti.. Aku nak bagi tahu mana hala tuju budak-budak lepasan PMR lepas nie.. Banyak hala tuju yang boleh diaorang pilih, janji korang pilih yang terbaik!


Nie cadangan-cadangan aku untuk budak-budak PMR yang nak sambung belajar:


  • Sekolah Menengah/Sekolah Harian
-Korang boleh pilih nak sekolah dekat sekolah lama korang atau pindah ke sekolah lain yang ada bidang yang korang minat seperti Sains Tulen, Sains Teknikal, Sains Pertanian, Sains Agama, Akaun, Sastera dan MPV. Tetapi tidak semua aliran Sains nie ada di satu sekolah, kalau ada pun satu dua je aliran Sains.. So kalau nak masuk jugak aliran yang korang pilih dan korang mahu, terpaksa la korang cari sekolah ke satu sekolah sehingga jumpa..


  • Sekolah Teknik
- Sekolah teknik nie lain sikit sebab ada course-course yang tertentu seperti Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Perdagangan.. Kalau tak silap aku, nie la course-course di sekolah teknik.. Kalau korang nak masuk sekolah teknik, fikir adakah korang boleh follow apa yang cikgu ajar di sekolah teknik.. Jangan pulak dah masuk sekolah teknik, lepas tu nak masuk sekolah menengah balik.. Sebab ini akan membazirkan masa korang.. Sebab procedure untuk pindah balik ke sekolah harian agak susah.. Ada sebahagian sekolah teknik akan suruh korang duduk asrama, tetapi ada sebahagian pulak boleh duduk asrama dan boleh balik.. Korang boleh terus ke sekolah teknik untuk permohonan masuk ke sekolah teknik ataupun melalui laman web SINI

  • Kolej Vokasional
- Kolej vokasional nie hampir sama dengan sekolah teknik cuma kolej Vokasional tidak ada course Perdagangan (kalau tak silap aku la).. Tetapi kalau nak masuk Kolej Vokasional, korang kena duduk asrama.. Ada masa-masa yang tertentu saja korang boleh balik.. Tapi kalau cuti penggal, korang boleh la  balik.. Kalau berminat, boleh la korang apply kat lawan web SINI

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
 - Aku rasa ramai yang nak masuk SBP nie.. Siapa yang masuk SBP nie peluang cerah kalau nak apply masuk ke mana-mana universiti.. Tapi belajar mana-mana pun masih sama.. Cuma kalau belajar di SBP nie senang sebab boleh belajar dengan kawan-kawan, boleh buat study group dan boleh boleh bertanya kepada guru bila-bila masa.. Tetapi korang boleh balik pada cuti penggal.. Tapi korang kena lulus paling kurang waktu Percubaan PMR dan PMR kena dapat A dalam subjek Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.. Korang boleh apply di SINI jugak.. hehe..


  • Maktab Rendah Sains MARA (MARA)
MRSM pun mesti ramai yang nak masuk.. MRSM ramai yang apply.. Tapi korang kena kena berusaha lebih sikit la untuk apply di MRSM.. Korang kalau nak masuk, kena lulus dalam Percubaan PMR dan PMR kena dapat A dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris... Cara nak apply plak korang kena mintak pertolongan daripada Guru Kaunselor di sekolah masing-masing..

Itu saja yang aku boleh tolong.. Tapi korang kena ingat, seteruk mana keputusan korang, sebaik mana keputusan korang, korang kena ingat, semuanya ketentuan Illahi..

12/18/12

Kawan

Assalamualaikum! Holla! Hari nie banyak masalah aku tetapi ak fokuskan tentang kawan.. Kawan baik, kawan baru, semua yang berkaitan dengan kawan! Kawan baru.. Macam mana aku nak citer nie.. Tapi satu je aku nak cakap, manusia sememangnya boleh berkawan..Sepatutnya berkawan dan ada kawan.. Tetapi, aku sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana.. Hendak berkawan tetapi ada caranya.. Bagi aku, setiap manusia mempunyai pelbagai sikap dan memang sepatutnya kita menjaga sikap dan cara kita bercakap dengan kawan kita.. Lain orang, lain caranya kita melayan seseorang.. Mungkin si A nak layan dia macam nie, si B layan dia macam.. Tu cara aku layan kawan-kawan aku.. Tapi diaorang suka atau tidak, aku x pasti sebab mungkin ini yang cara terbaik aku layan kawan-kawan aku.. Kalau kita nak berkawan dengan orang baru kita kenal, mesti kita nak kenal dia macam mana.. Macam mana perangai dia, macam mana sikap dia, apa baik dan buruk dia. Segalanya kita kena ambil tahu. Sebab jika kita hendak menjadi sahabat seseorang, kita tak boleh la terima sikap baik je, kena jugak terima sikap buruk dia jugak. Baru boleh kita panggil sahabat.. So, jgn salahkan orang lain jika kita terpaksa siasat dgn betul kerana tujuan kita siasat ttg seseorang hanya untuk kebaikan bersama.. Boleh tahu baik dan buruk dia jika kita berkawan.. 

Dikala kita sedang senang, kita tidak boleh memanggilnya seorang sahabat. Tetapi jika kita sedang susah dan mereka sanggup menolong kita ketika dalam kesusahan, barulah kita menggelarnya sahabat... :)

Sahabat baik.. Bukan senang hendak menjadi sahabat baik.. Seorang sahabat baik perlu memahami sikap sebenar seorang sahabat, masalah mereka dan cara hidup mereka.. Bukannya hidup gembira atas penderitaan seorang sahabat dan mengkikis duit sahahat (ingat pakwe/makwe je ke boleh kikis duit).. Tetapi banyak perkara yang perlu dilalui untuk menjadi seorang sahabat.. Seorang sahabat baik perlu tahu tentang masalah kawan baik mereka.. Perlu tolong seorang sahabat tidak kira susah atau pun senang.. Lagipun sahabat baik untuk selamanya.. :) Sahabat baik sentiasa bersama tidak kira susah atau senang.. Tapi jangan kerana orang kita menjumpai orang yang lebih hebat, lebih baik daripada sahabat lama, kita melupakan mereka.. Aku taip nie bukan taip sesuka hati, tetapi atas dasar pengalaman la aku taip... Memang sahabat boleh dicari ganti tapi tidak sama dengan yang dulu.. Aku ingat lagi cakap senior aku dulu, dia cakap macam nie kat aku, "Zul, kalau kau nak cari sahabat, carilah sahabat yang boleh susah senang bersama bukannya senang bersama susah dah lupa.. Ingat cakap akak zul.. " Lebih kurang macam nie la senior aku cakap.. 
Sahabat umpama mangga dan kunci, jika tiada kunci maka tidak bolehlah mangga itu dibuka..

Ingatlah, sahabat mudah di cari ganti tetapi tidak sama dengan dahulu

Mungkin ini hadis yang terbaik aku jumpa.. :)

Itu saja aku nak tulis, lagi pun dekat pukul 2 pagi aku tulis nie.. So ak nak tido dulu.. Tapi aku harap, sahabat baik aku yang dulu dan sahabat yang baru (baru gaduh sebab hal kecil) faham kenapa aku buat macam nie.. Ok la, Assalamualaikum.. :)

12/11/12

Dalam Kekusutan!

Assalamualaikum! Holla! Aku sebenarnya tengah pening! Pasal apa? Duit punya pasal.. Hahaha! Ak sebenarnya dah makin susut duit dalam poket aku nie.. Lagi2 sekarang nie tengah cuti sekolah, x ada la bertambah duit aku.. Adalah waktu malam beberapa hari lepas, ak saja2 layan Facebook.. Terjumpa plak orang post blog pasal jadi Agen Topup... Aku fikir jugak nak jadi agen topup sbb nak tambah sikit duit waktu cuti nie.. Tapi ak risau jugak sebab ganggu ak nak SPM tahun depan (Candidates SPM 2013 nie ^___^) .. Kenapa risau? Sebab jadi agen topup nie kadang2 ramai orang yang mintak topup.. Risau jugak waktu SPM nanti ada orang minx topup jgak.. Tak ke pening kepala aku? @__@ Tapi kalau ada duit, bleh la ak guna duit beli DSLR.. Beli DSLR pun sebab nak cari duit jugak.. Kena sembang dengan mak aku nie.. Kalau mak aku ok, waktu SPM nanti boleh la mak ak "Take Over" (amboi ayat) kerja topup aku.. Duit dari hasil topup tu nanti boleh la aku guna untuk buat business lain dengan mak aku.. Errmmm... Aku rasa kena fikir betul2 nie.. Untung dapat jugak nanti tapi risau x boleh nak fokus la untuk exam SPM tahun depan.. Ok la, banyak lagi kerja aku nak buat.. So, Assalamualaikum.. ^___^

11/11/12

Black & Malique - Teman Pengganti [OFFICIAL VIDEO]



Holla korang! Apa citer? Lama rasanya ak x berblogger, busy ngan sekolah.. Aku ada banyak benda nak citer, tapi ak nak bagi korang lagu nie.. Kenapa? Sebab kita yg hidup ini belum tentu bila kita akan mati, so ak tujukan lagu nie untuk korang.. Ok la, ak nak pegi dulu.. dgar2 kan la.. :)

2/13/12

Sixth Sense - PEMILIK HATI.

hello readers!! ari nie aku nak share lagu nie.. entah kenapa malam nie aq rasa sunyi sangat.. errmm.. ok la, korang dengar la lagu nie..

1/3/12

::FiRsT DaY SKool TOmoRROw 4 2012::

hello readers... esok merupakan hari pertama aq skolah.. untuk 2012.. esok aq dah nak kena pegi skolah.. maknanya waktu hari sekolah, x ada blogger dan x ada facebook kecuali waktu cuti... memang agak menakutkan sebab lama sangat hari aq nak kena tahan untuk guna.. but aq boleh guna blogger dan facebook pada waktu cuti... esok aq akan tahu yang aq akan dapat kelas apa.. antara 4 science 1 atau 4 science 2.. but aq berharap aq dapat 4 science 1 sebab aq memang nak jadi doktor... aq dah lama nak jadi doktor... insya-Allah, semoga berjalan lancar la segala-galanya esok... kalau 4 science 2, jadi engineer... xboleh jadi doktor.. kalau dapat 4 science 2, aq akan mintak tukar 4 science 1... lagipun mak aq memang nak aq masuk 4 science 1.. sebab mak aq tahu aq nak jadi doktor and mak aq memang pressure aq untuk masuk 4 science 1.. anyway, aq x dapat pergi teknik sebab permohonan aq ditolak.. memang agak terkejut jgak la sebab kawan baik aq semua dapat tawaran gi teknik.. kawan aq JEfri tunggu permohonan dia dr SBP dgn MRSM.. AIman plak dah tawaran nak pergi teknik Kuala Lumpur, Cheras... aq seorang je la kat sekolah... aq pun ajak la mak aq pergi Teknik Ipoh, Brash untuk buat rayuan.. mak aq kata, "buat solat istikharah dulu.. dah dapat petunjuk dari Allah, along buat la pilihan nak pergi sekolah mana"... jadi aq pun fikir masak2.. untuk pergi sekolah mana...


ok la,dah banyak sangat aq merepek... sampai sini je la aq tulis... Assalamualaikum readers... :-)